PENGENALAN

PERSATUAN WAKIL TAKAFUL AM MUSLIM atau singkatannya PERWATAM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 14/08/2020.

 

Matlamat Penubuhan

1. Menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan perhubungan baik di antara wakil takaful am muslim dalam satu malaysia.

2. Mewujudkan satu platform untuk semua wakil takaful am muslim menyalurkan ilmu pengetahuan dan berkongsi kemahiran serta berbincang topik berkaitan isu dalam industri takaful am yang melibatkan wakil takaful am muslim dan akhirnya dapat menyalurkan informasi berguna kepada masyarakat.

3. Menjadi pengantara di antara wakil takaful am muslim dengan pihak pengurusan atasan semua syarikat takaful yang berdaftar di malaysia dalam menyuarakan pandangan ahli dan mencapai kesepakatan bersama agar kebajikan dan hak ahli berada pada kedudukan yang sewajarnya dan mendapat layanan secara adil.

4. Mendidik dan menggalakkan ahli agar membina sahsiah diri secara positif dan mengamalkan budaya kerja berkualiti serta professional mengikut penerapan nilai islam demi pembangunan islam sejagat dan mendapat kepercayaan penuh masyarakat.

5. Melaporkan kepada pihak berwajib jika wujud isu persaingan tidak sihat dan salah laku wakil takaful am yang mencemar reputasi industri takaful am umumnya dan boleh mengugat perniagaan wakil takaful am muslim khususnya agar nasib dan hak ahli dapat dilindungi dan diperjuangkan secara adil serta masyarakat tidak dimanipulasi dengan cara yang salah.

6. Memberi sokongan moral, bantuan khidmat nasihat dan bantuan kewangan kepada ahli yang terlibat dengan masalah perundangan serta menyediakan skim perlindungan musibah secara berkelompok.


NO PENDAFTARAN R.O.S. PERWATAM adalah PPM-002-10-14082020

 

LOGO PERWATAM

HURAIAN LOGO PERWATAM

Perisai:

Melambangkan perjuangan persatuan mempertahankan hak ahli pada kedudukan yang sewajarnya.

Gabungan Perisai:

Geometri yang terbentuk hasil gabungan 6 perisai melambangkan semua wakil takaful am Muslim seluruh Malaysia bergabung dan bersatu hati membentuk satu persatuan berlandaskan 6 misi yang termaktub demi kepentingan bersama.

Tulisan PERWATAM:

Penggunaan kaligrafi mirip huruf jawi ini melambangkan identiti Islamik yangdibawa oleh ahli persatuan berteraskan nilai Islam.

WARNA

Warna Hitam digunakan sebagai warna universal dan melambangkan ciri berjiwa kental dalam menghadapi sebarang cabaran yang datang.